Kejatuhan empayar (1025-1453) Empayar Byzantium

Zaman 1025-1071

Selepas kemangkatan Maharaja Basil II, empayar diterajui oleh ramai maharaja yang tamak. Mereka membazirkan wang negara dan mengurangkan jumlah tentera. Ini melemahkan pertahanan empayar. Empayar juga tidak mempunyai tentera yang benar-benar ikhlas berjuang tetapi hanya mahukan wang dan tentera ini lebih mahal untuk diupah.

Pencerobohan Turki (1071-1091)

Bangsa dari Asia Tengah yang menunggang kuda (kemudiannya dikenali sebagai bangsa Turki) menyerang dan berjaya menawan seluruh Turki pada 1091. Tetapi empayar mendapat pertolongan dari tentera salib dari Eropah ketika Perang Salib Pertama. Mereka bukan sahaja mahu menolong empayar tetapi juga menawan kembali Jerusalem dari tangan orang Islam.

Empayar berjaya diselamatkan (1091-1185)

Empayar Bizantium selamat dengan pertolongan bangsa Eropah yang menawan kembali separuh dari Turki. Empayar juga selamat kerana diperintah oleh tiga orang maharaja yang berkebolehan secara berterusan.

Pelemahan semula empayar (1185-1261)

Selepas tiga orang maharaja yang berkebolehan, empayar diperintah kembali oleh maharaja jahat yang membazirkan wang dan tentera. Orang Turki menyerang kembali dan menawan lebih banyak kawasan Turki.

Di barat, bangsa Eropah mengkhianati empayar dengan menyerang ibu kota Konstantaniah. Empayar kehilangan ibu kota pada tahun 1202 dan tidak berjaya merampas kembali sehingga tahun 1261.

Kemusnahan (1261-1453)

Selepas berjaya menawan Konstantinopolis (dilatinkan kemudiannya kepada Constantinipolis), empayar sibuk berperang dengan bangsa Eropah dan tidak mempunyai cukup tentera dan wang untuk berperang dengan bangsa Turki. Akhirnya, keseluruhan empayar jatuh ke tangan bangsa Turki pada 1331.

Antara 1354-1450, Turki menawan kebanyakan kawasan Greece dan empayar kehilangan banyak kawasan jajahan. Empayar menjadi lemah dan menagih pertolongan dari Eropah yang tidak menolong bersungguh-sungguh. Akhirnya, bangsa Turki menyerang Konstantaniah dalam bulan April 1453. Pada akhir Mei 1453, bangsa Turki berjaya menawan Kustantiniyah dan berakhirlah Empayar Bizantium.